SKRIN LED
Skrin sentuh LED dengan paparan yang ringkas dan jelas, mudah digunakan oleh warga emas dan kanak-kanak.
MOD PEMASA
Boleh ditetapkan untuk tutup secara automatik bagi menjimatkan elektrik jika tertidur atau terlupa mematikannya sebelum keluar.
BEROPERASI TANPA BUNYI BISING
Membolehkan anda guna pada waktu malam dengan tenang tanpa mengganggu tidur.
LINDUNGI KESIHATAN SI MANJA
Bayi dan kanak-kanak biasanya mempunyai sistem imun yang lemah.
Oleh itu, penapis udara khas untuk kanak-kanak menjadi pilihan ramai ibu bapa. Produk ini dipercayai kerana keupayaannya menyingkirkan habuk, kulapuk, dan membunuh bakteria.
BAIK UNTUK KESIHATAN WARGA EMAS
Warga emas merupakan golongan yang mempunyai daya tahan tubuh yang rendah.
Oleh itu, sebuah penapis udara akan membantu menyingkirkan pencemar (habuk, debunga, bakteria, dll.), mengurangkan bahan berbahaya dalam persekitaran yang boleh dihirup oleh golongan ini.
Reka bentuk dan warna yang elegan dan menarik, sesuai untuk semua ruang bilik. Menyejukkan udara sambil berfungsi sebagai hiasan bilik.